Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Felda Ayer Hitam juga dikenali sebagai Felda Batu Lapan ditubuhkan pada tahun 1960. Felda ini merupakan antara Felda terawal yang diwujudkan di dalam negeri Johor. Jumlah peneroka adalah seramai 336 orang yang berasal dari Johor seramai 334 orang, Melaka 1 orang dan Perak 1 orang. Kawasan Felda Ayer Hitam terletak dalam daerah Kluang dan Kawasan Dun dan Parlimen pula dalam kawasan Simpang Renggam. Bandar yang berhampiran adalah bandar Kluang iaitu 15km dari Felda Ayer Hitam.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024PROGRAM KOMUNITI JELAJAH NADI
Aktiviti Terkini | 20 September 2024
Program ini dianjurkan khusus buat komuniti yang berada di sekitar Hulu Terengganu.....baca selanjutnya
GOOGLE IMAGES
Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2024Peserta diberi tunjuk ajar mengenai bagaimana untuk mencari gambar dan memuat turun gambar dengan cara yang betul bagi mendapatkan imej gambar yang berkualiti. ...baca selanjutnya
MICROSOFT EXCEL – PIE CHART
Aktiviti Terkini | 17 Julai 2024Peserta diberi tunjuk ajar mengenai Microsoft Excel beserta fungsi- fungsi yang boleh digunakan untuk menghasilkan carta pai atau graf dengan menggunakan Microsoft Excel...baca selanjutnya
MICROSOFT OFFICE WORD – CREATING RESUME
Aktiviti Terkini | 29 Jun 2024Peserta diberi tunjuk ajar mengenai Microsoft Office Word beserta fungsi Microsoft Word selain daripada digunakan untuk membuat resume. ...baca selanjutnya
BASIC MICROSOFT OFFICE
Aktiviti Terkini | 2 Mei 2024Peserta diberi tunjuk ajar mengenai software Microsoft Office berserta dengan kegunaan setiap software tersebut....baca selanjutnya
MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 17 April 2024Peserta diajar menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat kiriman rasmi. ...baca selanjutnya
MICROSOFT PAINT
Aktiviti Terkini | 29 Mac 2024Peserta diajar menggunakan Microsoft Paint untuk mewarnakan poster....baca selanjutnya
PROGRAM OUTREACH KWSP KUALA TERENGGANU BERSAMA KOMUNITI FELDA JERANGAU BARAT
Aktiviti Terkini | 21 Februari 2024Program ini merupakan program kerjasama antara PEDi Felda Jerangau Barat dengan pihak KWSP Kuala Terengganu....baca selanjutnya
PROGRAM PENGENALAN ICT BERSAMA KANAK – KANAK LITERASI FELDA JERANGAU BARAT
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024Program ini dianjurkan khusus buat kanak – kanak literasi yang bersekolah di Pusat Literasi Keluarga Felda Jerangau Barat. ...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya