PROGRAM KOMUNITI JELAJAH NADI
Aktiviti terkini |20 September 2024Tempat Aktiviti:
Pusat Perkelahan CBT Lubuk Bayas, Kg. Menerong
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dianjurkan khusus buat komuniti yang berada di sekitar Hulu Terengganu.
• Program ini dianjurkan bagi membantu mempromosikan perkhidmatan terbaru yang disediakan di NADI yang berada dalam daerah Hulu Terengganu.
• Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi menarik minat komuniti Hulu Terengganu terutamanya bagi mereka yang di sekitar Kg Menerong.
• Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti senamrobik, mewarna, magis scratch paper, ukiran buah-buahan, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran mydigital id, pendaftaran keahlian NADI dan banyak lagi.
Tujuan :
• Memperkenalkan perkhidmatan pintar yang baru sahaja dilaksanakan di NADI.
• Menjadikan NADI sebagai sumber informasi kepada komuniti yang berada di Hulu Terengganu.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Acara ini dijalankan secara bersemuka bertempat di Pusat Perkelahan CBT Lubuk Bayas, Kg. Menerong.
• Acara ini merupakan acara gabungan NADI di bawah Kluster Hulu Terengganu.
Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti lebih mengetahui fungsi dan peranan NADI kepada komuniti.
Nama VIP :
Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :